Thursday, March 10, 2011

1g IAR nak letgo


hok ni pon kawan nak letgo.. RM 170 + pos laju berdesuuupp!! RM5.. tawaran terbuka selama-lamanya.. beress.. boleh kontek ambo.. terima kasih

1g KFH nak letgo

hok ni kawan nk jual......... RM 180 jah.. + pos RM5. sape2 nok boleh kontek kawe.. tawaran dibuka untuk selama-lamanya.. harga boleh wat kiro lagi. terima kasih.




Wednesday, March 2, 2011

nak jual


Salam 1Malaysia..rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan... iklan 1M skit...apa khabar semua..harap sihat2 belako puak2 kito nih.. beberapa hari berkursus kat ILIM Bangi & ILIM Besut banyak memberikan ilmu yang bermanfaat utk digunakan dalam kehidupan seharian..
ambo xse kecek banyok.. banyok kijo lagi nak buak.. ni nok jual 20g & 50g Public Gold.. yang dah terbuka aurat dio..tapi masih pakai baju.. hehehe.. 20g ambo xingat nombor surat beranak dio..tp yang 50g ambo hafal P002919. sapo2 berkenan silalah contek ambo di 017-2106362.. harga puak2 kito boleh ejas.. yg penting demo suko ambo hepi.. hehehe,. bereh.

Wednesday, February 23, 2011






salam sejahtera kepada semua.. semoga hari ini memberikan kita untung dalam apa jua yang dilakukan.. jangan dilupakan kepada ibubapa yang disayangi..berbaktilah kepada mereka sepanjang hayat mereka. sebab bila mereka dah tiada, tiada lagi orang yang akan mendoakan untuk kita. ingatlah doa ibubapa sangat mustajab. cantik betol awekz kat atas tu..yg anak patung pon sama cantik..sape xterpikat bila tengok.hehehe..
Firman Allah maksudnya "berilah peringatan/nasihat/teguran, kerana peringatan/nasihat/teguran itu sangat bermanfaat kepada orang mukmin". maknanya Tuhan suruh kita selalu beri nasihat kat orang lain tak kira sapa, xkira bangsa apa. mudah-mudahan nasihat yang kita bagi itu dia dapat ambik menafaat. & tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini sedikit sebanyak tertunai.
sekarang timbul satu trend baru dalam etika pemakaian tudung. contoh kat atas tula. dari mana timbulnye trend ini? kawan pon xtau. orang pempuan tau kot. dalam hal ini nabi muhammad terlebih dahulu melihat akan perkara ini semasa baginda diisraj mikrajkan. sekarang setelah 1432 tahun berlalu trend tersebut telah timbul..ni salah satu mukjizat nabi kita, tanda2 kebesaran Allah & kebenaran ajaran nabi kita. dimana nabi lihat mereka berada? iaitu didalam api neraka.
sebagaimana sabda nabi maksudnya "2 golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat keadaan mereka di dunia ; golongan yang membawa cameti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia, kaum wanita yang berpakaian tetapi seperti telangang, menggoyangkan badan & lenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium pun bau syurga sedangkan bau syurga boleh dihidu dari jarak yang jauh" (muslim).
jadi jelaslah bahawa pemakaian tudung seperti tu nabi xbenar dan amat dimurkai Allah. kenapa? sebab ia menyerupai bonggol unta. comel dop bonggol unta ni? tentulah huduh..nabi pon xnak lihat umatnya huduh. tapi sifat manusia ni apa yang ditegah yang tulah dia nak buat. kalau suruh buat yang diperintah xnak pulak dia buat.. haiiyaa.. jadi bagi si suami, abang, ayah, abah, abi, adik, atuk tu.. tolong peringatkanlah kat isteri2 kita, anak2 kita, adik2 kita. sebab ape? krn wanita ni boleh menarik 4 golongan ini masuk ke dalam neraka bersama-samanya. siapakah mereka? SUAMI, ABANG, AYAH & ADIK LELAKI.. (bukan kawan kata, tp nabi kata)
bila suami/ayah/abang/adik lelaki xtegur isteri/anak2 pempuan/adik2 pampuan yang buat dosa maka kita pon turut berdosa tuan2.
semoga yang sedikit dapat memberikan banyak manfaat..



Thursday, February 17, 2011

dinar emas

salam 2kg emas semua.. apa khabar tokey2? semoga sentiasa dapat capai kejayaan dan keberkatan hidup.. lama sudah kawan xberblog.. xde masa nak nulis.. eh knp jadi gini pulak? hentam sajalah..

kawan nak bercerita tentang harta.. sabda Rasulullah "sebaik-baik harta ialah harta yang berada ditangan orang yang soleh" (riwayat Imam Ahmad & At-Thabrani).

hadis ini menjelaskan bahawa, hanya orang soleh saja yang layak untuk menjaga harta, yang layak untuk mentadbir harta-harta, layak untuk diamanahkan harta-harta, adil dalam mengagihkan, & apa-apa saja yang korang fikir sesuai.. kenapa? sebab jika diberikan kepada orang yang tidak soleh nescaya akan digunakan harta-harta tersebut ke jalan yang salah.

Allah sangat menyukai orang yang kaya. lebih-lebih lagi orang Islam yang kaya. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary contohnya.. dengan kekayaan yang beliau miliki dan dengan ketaqwaan yang teguh pada agama kita lihat berapa banyak sumbangan & kerja amal yang beliau buat. beliau seorang yang tidak sukakan publisiti..tu tanda seorang yang tawaduk..

namun begitu, terdapat juga segelintir apabila dah kaya lupa daratan. lupa dari mana bangkit asal usul. apabila diberikan kekayaan dia sombong, bertambah kedekut, tidak bersedekah & lain-lain. macam kisah Qarun lah.. besarnya pengaruh qarun tu sampaikan apabila kita jumpa harta bawah tanah kita gelar harta qarun.. kan..kan..siapakah qarun tu? beliau ialah sepupu nabi musa. lihat kan,benarlah iman tidak dapat diwarisi.. sedangkan anak & isteri nabi nuh pun tidak beriman kepada Allah.

so, sama-samalah kita tingkatkan amalan di dunia dan ikhlas kerana Allah. semoga berkat hidup di dunia dan akhirat. GOLDEN OH GOLDEN

Wednesday, February 9, 2011

saham akhirat

salam 1kg emas... hehehe.. xpernah jumpa lg tokey2 emas sebut salam 1kg emas.. bila dah capai 1kg emas.. beralih kepada salam 2kg emas pulak. mudah-mudahan lah..sebab makin kita sebut makin auranya datang. acap kali kita sebut secara positifnya minda akan set 2kg @ 3kg @ berkilo-kilo bergantung apa yang kita sebut.. teringin nk ikuti program Dr. Azizan pakar minda tu..

kali ini kawan nak inform kat pembaca semua.. sebagai keperluan tugasan pengajian kawan, kawan dikehendaki menjalankan satu program amal/sukarela.. tempatnya di Rumah Anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan. dijadualkan pada 4-6 Mac 2011. kumpulan kawan perlu cari sponser untuk mereka dalam 10k sahaja. lebih kurang 65g emas je. bersamaan 1 x 50g + 1 x 10g + 1 x dinar.

oleh itu, jika ada usahawan/individu/jutawan yang teringin nak beramal dan nak tambah saham akhirat bolehlah hubungi kawan. 017-2106362. bukan WANG je kawan terima. sebarang bentuk METARIAL seperti buku-buku, kain pelikat, sejadah dll pun kawan terima..asal ikhlas..

sedekah ni besar pahalanya..u all pun tahu. nabi kata sekali kita sedekah, tumbuh satu pohon di akhirat, yang mana ada 7 tangkai, setiap dahan ada 700 tangkai lagi.. nilah saham emas yang kekal abadi. sedekah juga dapat membersihkan harta-harta dan dosa-dosa kita..

sila ke fb kawan.. time kasih.

Tuesday, January 25, 2011

sambil menunggu..


Salam barokah untuk semua.. semoga hari2 yang berlalu memberikan sejuta pengalaman. bak sabda nabi kita hari ini lebih baik dari semalam. esok lebih baik dari hari ini..
semalam lock 1g KFH dan 1g IAR dengan "ambo" kat TE... jam 12oo malam.. jadi hari ini SAMBIL MENUNGGU bro posmen sampai kawan mencoret skit.. biasanya tengahari sampailah bro posmen.
Kita gunakan perkhidmatan safe deposit box untuk ape ye? untuk keselamatan emas, wang, dokumen2 penting dan sebagainya.. ada seorang kawan tu terpaksa datang dari Mentakab ke Triang jaraknya 43km semata-mata untuk safe deposit box ni.. ini menunjukkan kita sangat menjaga harta kita. takpelah janji barang selamat.
Sama halnya juga dengan iman dan taqwa kita.. kene jaga dengan bersungguh-sungguh sebagaimana kita menjaga dengan baik emas2 kita. kalau x? emas2 kita akan hilang, dirompak, tercicir dan sebagainya. iman kita macam tulah juga. kalau kita tak jaganya maka sedikit demi sedikit ia akan hilang, pudar dari dada kita. itu yang lebih parah.
nabi kata, akhir zaman nanti Al-Quran akan hilang.. mknanya sedikit demi sedikit orang yang menghafal Al-Quran, org yang memahami dan mengamalkan isi Al-Quran akan dijemput Allah. tanda-tanda tu dh berlaku.. oleh itu kawan nasihat diri kawan sendiri dan pembaca semua marilah kita sama2 sambil membeli emas tu, kita tingkatkan iman dan amal. semoga beroleh kejayaan. Firman Allah :"jagalah diri kamu dan kaum keluarga kamu dari api neraka, yg mana bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu".
syurga emas yang abadi.......