Tuesday, December 28, 2010

selamat tahun 2010 & 2011

bacalah doa akhr tahun ini pada 31/12/2010 hari jumaat. seelok-eloknye selepas asar.. semoga segala amalan baik kita diterima Allah dan segala amalan buruk kita diampunkan Allah.. selamat tinggal 2010...







kemudian selepas maghrib pada hari jumaat tu bacalah doa awal tahun untuk 2011 pula.. semoga Allah tingkatkan iman kita, matikan kita dalam Islam, dan dijauhkan dari tipu daya syaitan.. selamat maju jaya tahun 2011.......



dan janganlah awal tahun 2011 kita lakukan kemungkaran dengan pergi ke konsert2 maksiat, berzina, chek-in hotel, minum arak dan sebagainya.. sedangkan masjid sebelah membuat solat hajat, bacaan yasiin dan berdoa mohon keselamatan dari Allah.

sangat menyedihkan melihat anak melayu dan remaja melayu khususnya menyambut awal tahun baru dengan segala jenis kemungkaran yang terdapat di dunia ini..ibubapa ke masjid, anak-anak ke konsert dan hotel2.. masyaAllah... semoga Allah ampunkan kita.

akhir kata semoga tahun 2010 dapat memberikan kita seribu pengalaman dan tahun 2011 menjadikan kita lebih matang dalam menempuh hidup. selamat maju jaya..

Monday, December 27, 2010

4 kunci kebahagiaan




Rasulullah bersabda maksudnya " empat perkara yang menbawa kepada kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa" (riwayat Ibn Hiban)

hadis tersebut menerangkan bahawa dalam setiap rumahtangga ada 4 elemen yang penting untuk kita mencapai kebahagiaan :-

1) isteri yang solehah. bagaimanakah ciri-ciri steri yang solehah/baik? agama telah menggariskan antara ciri-ciri tersebut seperti menjaga maruah diri, yang menjaga harta suami disaat suami tiada, yang menjaga maruah suami, yang beragama, yang melayan dan menggembirakan suami dan sebagainya.

2) jiran yang baik. ini kerana jiran adalah orang yang pertama dan yang terdekat dengan kita selepas saudara kita yang lain. jiranlah orang yang pertama sampai tatkala kita MATI. jiran ini bukan setakat kanan, kiri, depan dan belakang rumah kita, tapi Rasulullah kata sehingga 40buah rumah itulah jiran kita. jiran yang baik sentiasa menjaga dan mengambil berat akan perihal jirannya, tidak memburukkan jiran yang lain dan membantu disaat kesusahan.

3) rumah yang luas. rumah juga memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. disinilah pelajaran pertama anak-anak dapat. rumah jugalah tempat pembentukan rohaniah dan jasmaniah. keadaan rumah perlu selesa serta bilik yang mencukupi untuk menghindarkan daripada berlakunya perkara buruk seperti sumbang mahram, rogol. Rasulullah juga menyuruh ibubapa mengasingkan tempat tidur anak-anak lelaki,perempuan setelah mereka baligh.

4) kenderaan yang selesa. transport yang baik dan selesa menjadi suatu kemestian zaman ni. ada yang bermewah-mewah dengan kereta..itu korang punya pasallah. tp nk cite, gunakanlah kereta yang mewah dan mahal itu dengan sebaiknye..jangan beli dengan duit xbersih. nanti korang naik tak selamat. dan jangan lupa memberi khidmat dan pertolongan kepada orang yang lebih susah. salah satu akhlak yang terpuji Rasulullah kata orang yang naik kereta memberi salam kepada orang yang naik motor. orang yang naik motor memberi salam kepada orang yang naik basikal, dan orang yang naik basikal memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. (macamtulah gambarannya).




Friday, December 24, 2010

mari menyimpan...



koleksi pertama yang dibeli... ingatlah.. emas bukan segala-galanya..tapi hendak beli emas, perlukan duit..duit juga bukan segala-galanya.. apakah segala-galanya?? IMAN DAN TAQWA

Monday, December 20, 2010

hari ini..




salam.. selamat tengah malam malaysia..


hari ini selamat sampai 5keping dinar muslim.. tp bkn kawe punya.. hehehe..
dirham2 pun selamat tiba dgn jayanya.. hehehe.. alhamdulillah..
jom pakat beli.. tq mr. a dan mr. c..


Saturday, December 18, 2010

kembali






salam.. tahniah buat pasukan malaysia kerana berjaya melangkah ke final piala suzuki.. kita ganyang indonesia plk.. paling dak pn 2-o..

terima kasih tokei2 mas yang telah membeli gold2 ku yg xseberapa dh ni.. setelah setahun aku bela & bg makan.. hehehe.. tqvm u all.. selamat maju jaya.

jom kita beli banyak2 dirham......

Saturday, March 20, 2010

UNTUK DI JUAL

Setelah agak sekian lama busy dengan kehidupan duniawi barulah saya berpeluang untuk mencoret semula di blog2 saya...sibuk sehinggakan terpaksa melupakan dunia blogging..huhu..seolah-olah tidak pernah memiliki blog sendiri..hari ini saya kembali dengan barangan koleksi peribadi saya untuk di jual kepada teman maya sekalian di luar sana yang kini mencari emas bar untuk di jadikan koleksi seperti saya...
Seperti yang kita tahu..ramai orang beralih kepada emas sebagai pelaburan memandangkan harganya yang semakin meningkat dari masa ke semas..jadi anda jangan berlengah lagi..hubungi saya untuk sebarang pertanyaan...harga masih boleh di runding...
Public Gold 50g..bunga raya...juga untuk dijual...





Cepat...cepat..


Harga boleh dirunding...berdasarkan harga emas semasa..

Dapatkan segera...koleksi terhad..


Public Dinar yang bernilai 5 dinar emas 916 untuk dijual...


Emas tulen yang di jamin...turut disertakan surat beranaknya sekali...


Public Gold 50g & 20g emas 999.9 untuk koleksi peribadi anda