Tuesday, January 25, 2011

sambil menunggu..


Salam barokah untuk semua.. semoga hari2 yang berlalu memberikan sejuta pengalaman. bak sabda nabi kita hari ini lebih baik dari semalam. esok lebih baik dari hari ini..
semalam lock 1g KFH dan 1g IAR dengan "ambo" kat TE... jam 12oo malam.. jadi hari ini SAMBIL MENUNGGU bro posmen sampai kawan mencoret skit.. biasanya tengahari sampailah bro posmen.
Kita gunakan perkhidmatan safe deposit box untuk ape ye? untuk keselamatan emas, wang, dokumen2 penting dan sebagainya.. ada seorang kawan tu terpaksa datang dari Mentakab ke Triang jaraknya 43km semata-mata untuk safe deposit box ni.. ini menunjukkan kita sangat menjaga harta kita. takpelah janji barang selamat.
Sama halnya juga dengan iman dan taqwa kita.. kene jaga dengan bersungguh-sungguh sebagaimana kita menjaga dengan baik emas2 kita. kalau x? emas2 kita akan hilang, dirompak, tercicir dan sebagainya. iman kita macam tulah juga. kalau kita tak jaganya maka sedikit demi sedikit ia akan hilang, pudar dari dada kita. itu yang lebih parah.
nabi kata, akhir zaman nanti Al-Quran akan hilang.. mknanya sedikit demi sedikit orang yang menghafal Al-Quran, org yang memahami dan mengamalkan isi Al-Quran akan dijemput Allah. tanda-tanda tu dh berlaku.. oleh itu kawan nasihat diri kawan sendiri dan pembaca semua marilah kita sama2 sambil membeli emas tu, kita tingkatkan iman dan amal. semoga beroleh kejayaan. Firman Allah :"jagalah diri kamu dan kaum keluarga kamu dari api neraka, yg mana bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu".
syurga emas yang abadi.......












Sunday, January 23, 2011

kali pertama


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera keatas pembaca blog ahmad asyri... semoga kita semua beroleh kejayaan demi kejayaan atas usaha gigih kita. lama sudah tidak post buletin kat sini.. al-maklumlah sibuk dengan assignment..
ni emas yang kelima yg ku beli.. dia ni penjual dan pembeli yang pertama kawan deal. siapakah dia?? idayu.. ingat lagi masa mula2 nak beli.. siap suruh dia fax fotostat ic. maklumlah belian pertama.. lagi pulak penghantaran dengan pos. risau takut tak sampai.. tapi alhamdulillah selamat jugak sampai. sekarang emas bunga raya ni sape yg punya ek????? lama dah xnampak idayu kt TE..
walaupun untung xbanyak tapi aiman xkisah mana.. antara aspek yang utama dalam berniaga ialah NAMA KITA.. dlm berniaga kita sebenarnya menjual nama kita agar dikenali. bila orang dah kenal hmm..depa datang cari kita pulak.. dalam berniaga kene jujur, amanah, bertolak ansur, mesra pelanggan & yg u all pikir mana patut..
teringat masa buat keje insuran dgn agensi am assurance (D10).. setiap hari pegang cash money custemer.. ada yang bagi cek selamat skit.. tu baru sikit.. yang paling banyak pegang duit masa kerja dgn ar-rahnu yapeim caw. mentakab & pasir tumbuh.. depan mata emas dan duit rm50k-80k sehari. tp nasib baik Allah tutup hati ni.. tdk dah lama kawan kaya.. huhuhu.. duit haram watpe.. apa -apa kerja biarlah diberkati dop..
kawan selalu berkata emas bukan segala-galanya.. tidak guna memiliki harta paling bernilai didunia jika memilkinya dengan cara mungkar. (banyak orang tipu sekarang ni) segala-galanya bertitik dengan niat, iman dan taqwa...


Monday, January 10, 2011

SMS PELABURAN TIPU

salam bahagia saya ucapkan kepada ribuan pembaca ahmad asyri. hehehe ribu keeerr? i-Allah.. kita menulis dengan niat untuk berkongsi maklumat, berkongsi ilmu, pengalaman dan berjual beli.. asal niat kita baik i-Allah, Tuhan permudahkan segala urusan dan diberkati sepanjang masa.

dalam hidup ini, diharamkan kita menipu orang lain. lebih2 lagi apabila ianya melibatkan wang, amanah, maruah dan lain-lain. pendek kata tak bolehlah menipu. kan orang melayu ada berkata "siakap senohong ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri".

nabi ada bersabda "seseorang muslim yang sempurna islamnya ialah yang terselamat orang-orang islam dari lidahnya dan tangannya" (riwayat muslim)

hadis tersebut menerangkan bahawa, orang yang sempurna islamnya tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama, lebih-lebih lagi terhadap orang islam yang lain.

beberapa hari lepas saya terima satu sms dari seseorang yang menyamar sebagai samsul.. berikut sms beliau " PELABURAN PINTAR EMAS 999, Tawaran terhad emas goldbar 999 pada harga 1kg 35k, dalam pasaran 166k. contat saya samsul di talian 019-600xxxxx, semua urusan di bank"

modus operandi - beli 100g emas dengan modal 5k dan beliau akan tambah 10k. lepas itu emas digadai. dapat duit dan bayar balik 10k.. tapi alhamdulillah penulis tidak tamak. hehehe...

hari ini dalam facebook pengasas GCP telah membuat satu laporan polis mengatakan syarikat GCP tidak membuat perniagaan pelaburan emas. tapi hanya menjual beli emas sahaja.

dalam banyak kes penipuan ni pun ada yang masih tertipu sehingga 200k. alahai..kesian benar.

selalu penulis ingatkan kepada diri sendiri, emas bukan segala-galanya..

Thursday, January 6, 2011

jumaat pertama


Selamat hari Jumaat yang penuh barokah.. semoga umat Islam seluruhnya dan para tokey mas khasnya senantiasa berolah kejayaan dan dipermudahkan segala urusan.

minggu pertama tahun baru menyaksikan harga emas melonjak naik dan jatuh merudum sedikit.. sama macam iman manusia.. kadang2 naik, kadang2 turun..


dalam keadaan ekonomi sekarang rakyat mengeluh dan amat susah hati kerana kenaikan harga minya dan harga barang keperluan lain. sekarang ni bawang pulak. esok entah apa lagi.. ini menyebabkan kewangan diri dan keluarga terpaksa diatur dengan teliti supaya wang tidak habis sebelum cukup bulan.


contoh kawan, biasa pergi balik kerja rm10 sehari.. sekarang ni rm10 boleh pegi dan balik separuh jalan saja.. huhuhu..separuh jalan lagi jalan kaki ler... dalam keadaan harga barang dan minyak yang mahal tokey2 mas semacam je jual beli emas... itula kehebatan emas ni.. mahal pon org beli.. murah lagila orang beli..


dikesempatan harga turun ni kawan telah beli sedikit jer.(gambar atas) almaklumlah duit habis ke lain..terima kasih ustaz mahad kerana sudi menjual kat saya...
emas bukan segala-galanya...