Thursday, February 17, 2011

dinar emas

salam 2kg emas semua.. apa khabar tokey2? semoga sentiasa dapat capai kejayaan dan keberkatan hidup.. lama sudah kawan xberblog.. xde masa nak nulis.. eh knp jadi gini pulak? hentam sajalah..

kawan nak bercerita tentang harta.. sabda Rasulullah "sebaik-baik harta ialah harta yang berada ditangan orang yang soleh" (riwayat Imam Ahmad & At-Thabrani).

hadis ini menjelaskan bahawa, hanya orang soleh saja yang layak untuk menjaga harta, yang layak untuk mentadbir harta-harta, layak untuk diamanahkan harta-harta, adil dalam mengagihkan, & apa-apa saja yang korang fikir sesuai.. kenapa? sebab jika diberikan kepada orang yang tidak soleh nescaya akan digunakan harta-harta tersebut ke jalan yang salah.

Allah sangat menyukai orang yang kaya. lebih-lebih lagi orang Islam yang kaya. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary contohnya.. dengan kekayaan yang beliau miliki dan dengan ketaqwaan yang teguh pada agama kita lihat berapa banyak sumbangan & kerja amal yang beliau buat. beliau seorang yang tidak sukakan publisiti..tu tanda seorang yang tawaduk..

namun begitu, terdapat juga segelintir apabila dah kaya lupa daratan. lupa dari mana bangkit asal usul. apabila diberikan kekayaan dia sombong, bertambah kedekut, tidak bersedekah & lain-lain. macam kisah Qarun lah.. besarnya pengaruh qarun tu sampaikan apabila kita jumpa harta bawah tanah kita gelar harta qarun.. kan..kan..siapakah qarun tu? beliau ialah sepupu nabi musa. lihat kan,benarlah iman tidak dapat diwarisi.. sedangkan anak & isteri nabi nuh pun tidak beriman kepada Allah.

so, sama-samalah kita tingkatkan amalan di dunia dan ikhlas kerana Allah. semoga berkat hidup di dunia dan akhirat. GOLDEN OH GOLDEN

No comments:

Post a Comment