Monday, January 10, 2011

SMS PELABURAN TIPU

salam bahagia saya ucapkan kepada ribuan pembaca ahmad asyri. hehehe ribu keeerr? i-Allah.. kita menulis dengan niat untuk berkongsi maklumat, berkongsi ilmu, pengalaman dan berjual beli.. asal niat kita baik i-Allah, Tuhan permudahkan segala urusan dan diberkati sepanjang masa.

dalam hidup ini, diharamkan kita menipu orang lain. lebih2 lagi apabila ianya melibatkan wang, amanah, maruah dan lain-lain. pendek kata tak bolehlah menipu. kan orang melayu ada berkata "siakap senohong ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri".

nabi ada bersabda "seseorang muslim yang sempurna islamnya ialah yang terselamat orang-orang islam dari lidahnya dan tangannya" (riwayat muslim)

hadis tersebut menerangkan bahawa, orang yang sempurna islamnya tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama, lebih-lebih lagi terhadap orang islam yang lain.

beberapa hari lepas saya terima satu sms dari seseorang yang menyamar sebagai samsul.. berikut sms beliau " PELABURAN PINTAR EMAS 999, Tawaran terhad emas goldbar 999 pada harga 1kg 35k, dalam pasaran 166k. contat saya samsul di talian 019-600xxxxx, semua urusan di bank"

modus operandi - beli 100g emas dengan modal 5k dan beliau akan tambah 10k. lepas itu emas digadai. dapat duit dan bayar balik 10k.. tapi alhamdulillah penulis tidak tamak. hehehe...

hari ini dalam facebook pengasas GCP telah membuat satu laporan polis mengatakan syarikat GCP tidak membuat perniagaan pelaburan emas. tapi hanya menjual beli emas sahaja.

dalam banyak kes penipuan ni pun ada yang masih tertipu sehingga 200k. alahai..kesian benar.

selalu penulis ingatkan kepada diri sendiri, emas bukan segala-galanya..

No comments:

Post a Comment