Wednesday, February 23, 2011






salam sejahtera kepada semua.. semoga hari ini memberikan kita untung dalam apa jua yang dilakukan.. jangan dilupakan kepada ibubapa yang disayangi..berbaktilah kepada mereka sepanjang hayat mereka. sebab bila mereka dah tiada, tiada lagi orang yang akan mendoakan untuk kita. ingatlah doa ibubapa sangat mustajab. cantik betol awekz kat atas tu..yg anak patung pon sama cantik..sape xterpikat bila tengok.hehehe..
Firman Allah maksudnya "berilah peringatan/nasihat/teguran, kerana peringatan/nasihat/teguran itu sangat bermanfaat kepada orang mukmin". maknanya Tuhan suruh kita selalu beri nasihat kat orang lain tak kira sapa, xkira bangsa apa. mudah-mudahan nasihat yang kita bagi itu dia dapat ambik menafaat. & tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini sedikit sebanyak tertunai.
sekarang timbul satu trend baru dalam etika pemakaian tudung. contoh kat atas tula. dari mana timbulnye trend ini? kawan pon xtau. orang pempuan tau kot. dalam hal ini nabi muhammad terlebih dahulu melihat akan perkara ini semasa baginda diisraj mikrajkan. sekarang setelah 1432 tahun berlalu trend tersebut telah timbul..ni salah satu mukjizat nabi kita, tanda2 kebesaran Allah & kebenaran ajaran nabi kita. dimana nabi lihat mereka berada? iaitu didalam api neraka.
sebagaimana sabda nabi maksudnya "2 golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat keadaan mereka di dunia ; golongan yang membawa cameti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia, kaum wanita yang berpakaian tetapi seperti telangang, menggoyangkan badan & lenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium pun bau syurga sedangkan bau syurga boleh dihidu dari jarak yang jauh" (muslim).
jadi jelaslah bahawa pemakaian tudung seperti tu nabi xbenar dan amat dimurkai Allah. kenapa? sebab ia menyerupai bonggol unta. comel dop bonggol unta ni? tentulah huduh..nabi pon xnak lihat umatnya huduh. tapi sifat manusia ni apa yang ditegah yang tulah dia nak buat. kalau suruh buat yang diperintah xnak pulak dia buat.. haiiyaa.. jadi bagi si suami, abang, ayah, abah, abi, adik, atuk tu.. tolong peringatkanlah kat isteri2 kita, anak2 kita, adik2 kita. sebab ape? krn wanita ni boleh menarik 4 golongan ini masuk ke dalam neraka bersama-samanya. siapakah mereka? SUAMI, ABANG, AYAH & ADIK LELAKI.. (bukan kawan kata, tp nabi kata)
bila suami/ayah/abang/adik lelaki xtegur isteri/anak2 pempuan/adik2 pampuan yang buat dosa maka kita pon turut berdosa tuan2.
semoga yang sedikit dapat memberikan banyak manfaat..



No comments:

Post a Comment