Tuesday, October 13, 2009

Kenapa anda perlu membeli emas?

Hari ni rutin biasa saya adalah bukak blog Jutawan emas.com.Seperti biasa saya ikuti perkembangan semasa emas...masih dok berPK2 mcm mana nk create money ngn lebih ceative lg...Macam2 idea yg En.Syukor bagi tapi masih belum bergerak2 lg kearah itu...

Hari ni saya buka laptop mcm biasa...saya masih dok PK2 mcm hari2 biasa lg camne saya nak mulakan mcm mereka2 ini yang telah berjaya....saya akui saya ada sedikit modal..tapi saya x tahu nak mula dari mana....Hari ni saya terbaca 1 artikel yang menggerakkan sedikit minda saya yg beku di pagi hari ni...mungkin saya boleh bermula disitu......
Ni sedikit petikan dr artikel yang saya baca...kawan2 yg turut ikut terbaca artikel ni boleh bukak blog En Syukor sendiri di http://jutawanemas.com.Alarrrr...klik je belah kanan kt blog saya tu ada blog2 gempak....OK!

Selamat datang ke blog jutawanemas!

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia.

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.

Untuk mengetahui bagaimana mendapatkan keuntungan dengan pembelian/pelaburan emas, maka saya cadangkan agar anda membaca semua artikel yang terdapat dalam blog ini.

Blog ini mula ditulis sejak Jun 2008.

Jadi dah ada banyak artikel yang terdapat mengenai pelaburan emas ini.

1. Membaca artikel-artikel terdahulu.

Anda boleh membaca artikel-artikel terdahulu dengan klik pada “kategori” yang terdapat di laman hadapan blog ini (di sebelah kanan blog ini).

Dengan membaca artikel ini dari mula, anda akan mendapat pemahaman mengenai pelaburan emas.

2. Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.

Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:

Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!

3. Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Antaranya ialah:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan :)

4. Bagaimana memulakan pelaburan emas anda?

Jika anda ingin tahu bagaimana cara memulakan pelaburan emas, anda cuma perlu baca artikel ini:

4.1 Bagaimanakah Saya Nak Mulakan Pelaburan Emas?
http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/bagaimana-saya-nak-mulakan-pelaburan-emas/

5. Bagaimana membuat keuntungan dengan pelaburan emas?

Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh membuat keuntungan daripada pelaburan emas, anda boleh baca artikel ini:

5.1 Bagaimana membuat keuntungan melalui pelaburan emas:
http://jutawanemas.com/v1/gold-article/keuntungan-lumayan-melalui-jual-beli-emas-part-1/

5.2 Memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda (Public Bank GIA) http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/tips-memaksimakan-keuntungan-pelaburan-emas-gia-anda/

6. Forum Jutawanemas

Jika anda ingin mencari maklumat tambahan atau berkongsi maklumat dengan pembaca lain, anda boleh melawat forum jutawanemas.com

Forum Jutawanemas.com (klik)

No comments:

Post a Comment