Monday, December 27, 2010

4 kunci kebahagiaan




Rasulullah bersabda maksudnya " empat perkara yang menbawa kepada kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa" (riwayat Ibn Hiban)

hadis tersebut menerangkan bahawa dalam setiap rumahtangga ada 4 elemen yang penting untuk kita mencapai kebahagiaan :-

1) isteri yang solehah. bagaimanakah ciri-ciri steri yang solehah/baik? agama telah menggariskan antara ciri-ciri tersebut seperti menjaga maruah diri, yang menjaga harta suami disaat suami tiada, yang menjaga maruah suami, yang beragama, yang melayan dan menggembirakan suami dan sebagainya.

2) jiran yang baik. ini kerana jiran adalah orang yang pertama dan yang terdekat dengan kita selepas saudara kita yang lain. jiranlah orang yang pertama sampai tatkala kita MATI. jiran ini bukan setakat kanan, kiri, depan dan belakang rumah kita, tapi Rasulullah kata sehingga 40buah rumah itulah jiran kita. jiran yang baik sentiasa menjaga dan mengambil berat akan perihal jirannya, tidak memburukkan jiran yang lain dan membantu disaat kesusahan.

3) rumah yang luas. rumah juga memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. disinilah pelajaran pertama anak-anak dapat. rumah jugalah tempat pembentukan rohaniah dan jasmaniah. keadaan rumah perlu selesa serta bilik yang mencukupi untuk menghindarkan daripada berlakunya perkara buruk seperti sumbang mahram, rogol. Rasulullah juga menyuruh ibubapa mengasingkan tempat tidur anak-anak lelaki,perempuan setelah mereka baligh.

4) kenderaan yang selesa. transport yang baik dan selesa menjadi suatu kemestian zaman ni. ada yang bermewah-mewah dengan kereta..itu korang punya pasallah. tp nk cite, gunakanlah kereta yang mewah dan mahal itu dengan sebaiknye..jangan beli dengan duit xbersih. nanti korang naik tak selamat. dan jangan lupa memberi khidmat dan pertolongan kepada orang yang lebih susah. salah satu akhlak yang terpuji Rasulullah kata orang yang naik kereta memberi salam kepada orang yang naik motor. orang yang naik motor memberi salam kepada orang yang naik basikal, dan orang yang naik basikal memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. (macamtulah gambarannya).




1 comment:

  1. I like this post..especially part
    Rasulullah bersabda maksudnya " empat perkara yang menbawa kepada kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa" (riwayat Ibn Hiban)

    ReplyDelete