semalam lock 1g KFH dan 1g IAR dengan "ambo" kat TE... jam 12oo malam.. jadi hari ini SAMBIL MENUNGGU bro posmen sampai kawan mencoret skit.. biasanya tengahari sampailah bro posmen.
Kita gunakan perkhidmatan safe deposit box untuk ape ye? untuk keselamatan emas, wang, dokumen2 penting dan sebagainya.. ada seorang kawan tu terpaksa datang dari Mentakab ke Triang jaraknya 43km semata-mata untuk safe deposit box ni.. ini menunjukkan kita sangat menjaga harta kita. takpelah janji barang selamat.
Sama halnya juga dengan iman dan taqwa kita.. kene jaga dengan bersungguh-sungguh sebagaimana kita menjaga dengan baik emas2 kita. kalau x? emas2 kita akan hilang, dirompak, tercicir dan sebagainya. iman kita macam tulah juga. kalau kita tak jaganya maka sedikit demi sedikit ia akan hilang, pudar dari dada kita. itu yang lebih parah.
nabi kata, akhir zaman nanti Al-Quran akan hilang.. mknanya sedikit demi sedikit orang yang menghafal Al-Quran, org yang memahami dan mengamalkan isi Al-Quran akan dijemput Allah. tanda-tanda tu dh berlaku.. oleh itu kawan nasihat diri kawan sendiri dan pembaca semua marilah kita sama2 sambil membeli emas tu, kita tingkatkan iman dan amal. semoga beroleh kejayaan. Firman Allah :"jagalah diri kamu dan kaum keluarga kamu dari api neraka, yg mana bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu".
syurga emas yang abadi.......