Thursday, January 6, 2011

jumaat pertama


Selamat hari Jumaat yang penuh barokah.. semoga umat Islam seluruhnya dan para tokey mas khasnya senantiasa berolah kejayaan dan dipermudahkan segala urusan.

minggu pertama tahun baru menyaksikan harga emas melonjak naik dan jatuh merudum sedikit.. sama macam iman manusia.. kadang2 naik, kadang2 turun..


dalam keadaan ekonomi sekarang rakyat mengeluh dan amat susah hati kerana kenaikan harga minya dan harga barang keperluan lain. sekarang ni bawang pulak. esok entah apa lagi.. ini menyebabkan kewangan diri dan keluarga terpaksa diatur dengan teliti supaya wang tidak habis sebelum cukup bulan.


contoh kawan, biasa pergi balik kerja rm10 sehari.. sekarang ni rm10 boleh pegi dan balik separuh jalan saja.. huhuhu..separuh jalan lagi jalan kaki ler... dalam keadaan harga barang dan minyak yang mahal tokey2 mas semacam je jual beli emas... itula kehebatan emas ni.. mahal pon org beli.. murah lagila orang beli..


dikesempatan harga turun ni kawan telah beli sedikit jer.(gambar atas) almaklumlah duit habis ke lain..terima kasih ustaz mahad kerana sudi menjual kat saya...
emas bukan segala-galanya...


No comments:

Post a Comment